Saturday, December 24, 2011

orang kaya & orang miskin

aku kaya... *tuiiiiii*


tak perlu kita pegi jauh. tgk kat malaysia ni sudah...kat KL especially. yang kaya, kaya sangat2, yang miskin, miskin sangat2. yang kaya duduk umah besar-besar, besar gila ok! aku rasa dalam satu hari tu tak semua sudut rumah dia sempat pegi. orang gaji tak cukup sorang. tukang sapu lain, tukang masak lain, tukang kebun lain, driver lain. yang lagi best, sorang bibik untuk sorang anak. kereta lak boleh buat pameran. macam-macam ada. tapi pelik, tak pernah cukup ngan apa yang ada. still nak kerja dari awal pagi sampai lewat malam. tinggal anak-anak, tak cukup kasih sayang..asyik duk kejar duit. tanggungjawab anak-anak serah kat orang gaji. ok, aku dah melalut!

may Allah always with u..


back to the topic. yang miskin lak kesian tau. lagi-lagi yang duk kat bandar. urban poverty la ni. seksa weh nak hidup kat bandar kalau gaji setakat 2000++. kat kolumpo ni gaji dalam RM3000 tu tergolong dalam miskin tegar tau! dengan kos hidup yang tinggi lagi, umah sewa, sekolah anak, etc. tayah g jauh, aku sebagai student yg takde tanggungan pon senak perut pikir sal duit. ok, melalut lagi. yang aku hairan ni, camne yang kaya boleh tidur dengan lena, makan dengan nikmat sedangkan ada yang tak bole tidur sebab lapar, terpaksa ikat perut sebab takde duit??
kesian kannnn T__T

"aku kaya sebab aku rajin kerja, kau malas belajar dulu-dulu sebab tu dapat keje cikai"
"aku keje bukan untuk tanggung makan kau"
"aku keje kuat, takde sebab aku nak bagi kau duit"
"tunggu aku dah tak habis makan and pakai baru aku bagi kau"

current situation

jangan riak der, aku panggggg kang. tolak kau jatuh KB mall kang. kalau semua orang jalankan rukun Islam yang ke-3, pengagihan zakat pon telus insyaAllah takde kot masalah camni. atau sebab sistem ekonomi?? errr, idk. lets move on untuk rapatkan jurang ekonomi..PEACE!

Ya Rabb, bantulah mereka, bantulah kami..



2 comments:

  1. lumrah hidup, janji rezeki yg diperoleh halal dan digunakan ke jalan Allah=))

    ReplyDelete
  2. betoll...tapi kalau yang kaya tlg yg miskin harmoni je dunia ni. btw, thanks for your kindly comment =)

    ReplyDelete