Monday, July 25, 2011

ayah aku penipu!

ayah aku suke tipu tau. bile dah revealed aku sedih sangat-sangat. nape ayah aku tipu??ok, banyak kali dah ayah aku tipu. sedih je. firstly bile aku mintak duit. ayah aku cakap ada je walaupon takde dan beliau akan berusaha bagi aku duit. tipu kan?

second, time drive jauh-jauh..aku nampak ayah aku ngantuk tapi bile aku tanya ngantuk ke tak dan offer nak drive ayah aku cakap tak ngantuk. aku tau ayah aku tipu. sebab aku ingat once ayah aku pernah cakap "selagi ayah ada ayah akan drive melainkan mung drive ngan kawan-kawan or ayah sakit or ayah dah takde". tengok, ayah tipu lagi.

third, setiap hari jumaat ayah aku akan beli bekpes kt lua. then beliau akan rushing balik anta makanan tersebut then akan bergegas ke pasar. everytime aku tanya ayah mkn tak lagi ayah aku akan cakap dah makan tapi aku tau ayah aku tipu. beliau belum makan sebab beliau nak bergegas nak g pasar beli barang untuk masak lunch. kalau lambat nanti sume tu dah tak segar and fresh. tengok, ayah aku tipu lagi!

fourth, pernah aku tengok ayah aku terbaring kat dapur. aku tau kalau dia terbaring kat dapur something wrong ngan dia lah tu. then aku tanya kenapa?? ayah aku cakap "sebab panas. lantai ni sejuk. ayah nak sejukkan badan jap" tapi aku tau ayah aku tipu lagi. beliau tak ok. beliau tak sihat. sebab tak lame lepas tu aku nampak beliau muntah. ayah tak pandai tipu...

fifth, bile aku tau ayah aku tak sihat aku offer beliau nak anta pegi klinik, then beliau cakap dah ok. see, ayah aku selalu tipu kan?

*tapi aku tak salahkan ayah aku atas segala penipuan yang dilakukan. beliau buat cmtu sebab tak nak kitorang risau, tak nak kitorang sedih. beliau tunjukkan kekuatan palsu yang direka untuk mengaburi mata kami. lihatlah pengorbanan seorang ayah. terima kasih ayah... I LOVE YOU!

2 comments: