Sunday, April 7, 2013

kahwin awal..kata anda?

bismillah...

Dah dekat maghrib. Tapi saja nak curi masa nak luahkan perasaan kat bloglahsangat ni. Dah berapa malam aku tak dapat tidur lena. Sebab tu selalu tidur petang (alasan). Masalah mulut orang memang macam-macam kan. Ni berkaitan isu kahwin awal. Eh, isu ke? Bagi aku kau lahirkan anak luar nikah farrrrrrr more isu.

Mentaliti orang kita, kahwin awal je gatal. Kahwin awal sebab study tak bagus. Kahwin awal je kau tak dapat nak jadi orang berjaya (wanita). Eh come on...kahwin awal bagus tau. Better kalau belum kahwin, tapi dah dapat anak. Eh,mana dapat anak?pikiaq lah weh. Another point, if halang anak yang nak kahwin atas sebab belajar tak habis rasa macam kurang logik disitu. Kenapa? kalau dah kahwin tak boleh berjaya ke? Yes, susah nak bagi komitmen. That's why kena pandai plan. So far yang aku nampak, Student UIA ramai je yang dah kahwin. Even dah ramai yang ada anak. Lagi blessed ada lah. Pada belajar sama-sama tanpa ada ikatan, keluar berdua-duaan. Yang camni lah masyarakat patut lebih risau.

Bila cakap nak kahwin while studying je macamkan tu dosa besar sangat. Mulalah bersok-sek-sok-sek. Gatal lah, kahwin sebab dah berisi lah, study lingkup sebab tu nak kahwin,bla bla bla. Tak cukup dengan tu, parents pun kena bantai sekali. Cakap kena guna-guna lah sebab tu bagi je anak nak kahwin. Dah tu anak luar nikah bersepah kena seret anjing, kena hurung semut tu tak kena 'guna-guna' pulak? Kenapa nak halang niat mereka nak kahwin sedangkan niat tu suci? Jangan takut pasal rezeki, sebab kahwin tu pembuka pintu rezeki. Tak perlu nak buat majlis yang grand-grand. Pikir untuk kehidupan lepas kahwin. Bukan hari majlis kahwin tu je. Insayaallah niat baik akan ada kemudahannya.

Jangan salah anggap niat mereka yang nak kahwin awal ni sebagai langkah untuk halalkan persetubuhan. Alah, orang yang ada rasa camtu normally dia ada niat camtu. Simple kan. Problem will still be a problem if u see it as a problem.




3 comments:

  1. Teringin nak bergaya dengan barang kemas tetapi takut diragut??

    Disini kami ada menjual gelang silver 925 dan pearl swarovski Austria. Anda boleh ke page kami untuk melihat design2 yang dikeluarkan oleh kami. Yang penting tidak BERKARAT. Jika berminat boleh grab satu sebelum kehabisan stok!!

    Untuk makluman semua kami juga menempah gelang pearl mengikut warna pilihan anda sendiri...

    silver 925 juga seakan-akan emas dan tidak akan berkarat :)
    https://www.facebook.com/FaPearlSilverCollection

    ReplyDelete
  2. kita sokong kaalu kahwin awal..hehe..orang zaman skg dah nampak dah kelebihannya ..dulu mak ayah nenek moyang kta pun kahwin awal kan..tak rasa pelik pun sebenarnya..cuma niat tu kena betul la..

    ReplyDelete
  3. Kannnn....tapi mentaliti org kita selalu anggap kawen awl tu macam teruk. Macam kawen awal tu sebab nk cover something.hurm.

    ReplyDelete