Saturday, October 1, 2011

UIA : Aura Ustaz Azhar Mula Resahkan Bukit Aman


Antara ribuan yang hadir
Gombak, 1 Okt : Kehadiran ribuan penuntut, pensyarah, orang ramai dari dalam dan luar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam ternyata meresahkan kontinjen polis Bukit Aman.
Dalam ‘Talk Show’ bersama penceramah popular masakini, Ustaz Azhar Idrus malam semalam (30 September 2011), jangkaan tidak ramai hadir meleset sama sekali.
Menurut maklumat yang diperoleh, jadual asal ceramah itu bakal dilangsungkan di Masjid UIA, Gombak namun setelah terdapatnya campur tangan pihak luar, tempat terpaksa diubah atas arahan universiti pada saat-saat akhir.
Akan tetapi situasi itu (berubah tempat ke Dewan Experimental) ternyata membuatkan ribuan hadirin yang hadir semakin bersemangat untuk terus setia hingga akhir program.
Suasana di kawasan kaum wanita
Menurut salah seorang penuntut UIA yang juga pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), isu ceramah Ustaz Azhar Idrus di UIA bukanlah sebenar-benarnya berpunca dari pentadbiran UIA itu sendiri.
“UIA pun tak boleh buat apa-apa sebab ada arahan dari Bukit Aman. Jadi, jangan marahkan UIA. Kalau benda ini berterusan, memang ceramah agama akan dihalang dimana-mana selagi Bukit Aman dikuasai oleh kerajaan yang tak suka dengar ceramah.”
“Jadi, solusinya, kita anak-anak muda pakat-pakat bantu untuk tukar kerajaan yang sedang memerintah Bukit Aman skrg. Nanti kita buat kuliah Ust Azhar di Putrajaya plak.”, ujarnya dalam kenyataan di sebuah laman sosial.
Diberitakan ribuan yang hadir semalam sudah mula memenuhi ruang masjid dan pintu masuk dewan ceramah sejak waktu maghrib lagi dan pintu masuk utama juga dikhabarkan penuh dengan kenderaan.
Dengan cubaan halangan itu, pihak penganjur iaitu Ma’ruf Club UIAM telah bersedia dengan segala persiapan bagi keselesaan pengunjung.
Antara hadirin di luar kawasan dewan
Tinjauan mendapati beberapa skrin layar dan ‘speaker’ diletakkan di beberapa tempat termasuk di bawah dewan dan luar dewan.
Di akhir ceramahnya, Ustaz Azhar memberitahu dengan harapan yang tinggi supaya  pihak UIA dapat membenarkan dirinya untuk menyampaikan kuliah di masjid yang boleh menampung kira-kira 6,000 jemaah dalam satu masa itu satu hari nanti. GZDaily

*Ustaz tu datang dari jauh kot. tak patut buat camtu. sumpah aku sedih. keadaan umat akhir zaman. bila nak buat hiburan bukan main lagi persiapan. cari tempat yang besar gila nak mati, kalau boleh satu yang tak cukup pun dah gelabah. tapi bila buat ceramah agama tak galakkan langsung. bagi tempat yang just sekadar cukup syarat je. ILMU AGAMA wehhhhh!!!! nanti korang mati bila malaikat soal "SIAPA TUHAN KAMU?" nak jawab pe?? nak jawab "PM"? bila malaikat tanya "APA AMALAN KAMU?" jawab "HIBURAN 24-7". hello, sejahi-jahil aku pun aku tau nak bezakan yang mane dosa dan pahala tau...takde common sense! semoga harapan Ustaz Azhar Idrus nak buat ceramah kat masjid SHAS termakbul. insyaAllah.

mood : marah + sedih

No comments:

Post a Comment