Monday, July 16, 2012

the ultimate true love

melampau hiperbola tajuk post aku kali ni. yelah, sebab aku suka! kenapa?ada ceritanya lahhh....

camni, haritu aku balik kampung halaman yang terletak di pantai timur. ganu beb! alang-alang balik tu aku buat jasa sikit kat nenek aku. aku jaga nenek aku masuk wad. bukan setakat wad je,tp ICU tau. sakit macam-macam. mula-mula demam panas, bila bawak pegi hospital daerah banyak pulak penyakitnya. then kena transfer ke hospital besar iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah. 

time kat sana aku ngan ma duk bilik menunggu. tak boleh duk sebelah katil nenek cam kat wad biasa. tapi waris pesakit harus ada selalu. in case apa-apa doctor akan panggil waris. nama pun ICU kannnn. time tengah syok tido tu adalah penunggu yang dipanggil masuk. cuak je kalau aku. macam-macam dah aku pikir. nasib baik aku and ma tak kena panggil masuk. ada sorang mak cik tu kan tengah tido best-best kena panggil. tak lama lepas tu dia masuk balik cari surah Yasin. then lama tu masuk lagi kemas-kemas barang dia..suami dia dah meninggal. innalillah....semoga arwah suami makcik tu ditempatkan bersama orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.

sepanjang duk kat hospital (macam lama je, satu malam je pon) macam-macam yang aku belajar. firstly, hidup ni sementara je. bila-bila masa Allah bole amek nyawa kita. tak kira tua ata muda. nak masuk syurga, please ready yourself for it. the second thing is sangat sweeeettt! cinta sampai akhir ayat ohhhh!seriously, contoh terdekat nenek ngan atuk aku lerrr. atuk aku berkerusi roda, duk kt tepi katil nenek aku dari awal waktu melawat sampai akhir. tergambar kesedihan bila tengok pasangan dia terlantar sakit camtu.aku pon nak kekasih a.k.a suami yang camni. teman susah dan senang. swetttt je tengok. jom berdoa...Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang memahami, sentiasa menyokong, yang boleh memahami saat aku berdiam, yang boleh terima kekurangan dan kekurangan diriku.amin!

*P/S:awak, saya harap sangat awak jadi camni.. =)

No comments:

Post a Comment