Thursday, August 11, 2011

kawanku, sabarlah...

beberapa hari yang lepas kawan aku called and nangis-nangis. aku tak tau nak cakap camne kat dia sebab aku tak tau for what reason dia nangis. yang boleh aku cakap at that time ialah "nangislah puas-puas. nanti dah ok ceritalah kat aku kalau kau rasa need someone to share". baik tak aku??hehe..aku sangat terkejut ok. aku tak pernah nampak or dengar dia nangis seteruk itu. nangis sikit pun aku tak pernah dengar. yang aku tau dia adalah lelaki yang macho! macho la sangat kannnn...then tunggu punya tunggu dia pun dah ready nak cerita. ceritanya begini..

"asma, aku sakit sangat sekarang ni. dia dah tinggalkan aku. dia dah couple lain. aku tau aku banyak buat salah kat dia. aku tak boleh nak maafkan diri aku sendiri atas apa yang aku lakukan kat dia dulu. maybe ni harga yang aku patut bayar atas perbuatan aku yang dulu. aku rindu dia. kenangan ngan dia susah aku nak lupakan. semua yang aku buat remind me of her. dia suruh aku tunggu dia, aku tunggu. time nga gayut kat telefon dia boleh suruh aku tunggu sebab nak reply message. aku tahan je even sakit. sebab sayang kat dia. time takde orang dia cari aku, tapi bila dia dah ada orang lain dia abaikan aku"

then aku cakap camni kat dia..

"first of all kau kene stop blaming yourself. kalau betul dia sayangkan kau dia takkan buat kau camni. dah banyak kali aku cakap kat kau don't let someone else be your priority while you are just their option. takpela, maybe kau lupa. itulah gunanya kawan, mengingatkan bila kita terlupa. now aku nak kau please lupakan dia. cari rahmat Allah disebalik semua ni. everything happened for reasons. cuma kita je yang tak tau ape kan. so be patient. wait and see. Allah knows best! kegagalan mengajar kita untuk jadi lebih berhati-hati. siapa tahu maybe dia bukan yang terbaik untuk kau. ada yang lagi baik sedang memperbaiki diri untuk jadi yang terbaik untuk kau. tapi masanya belum sampai. mungkin gak Allah tak nak kau bergelumang dengan dosa. yelah, couple tu kan macam mendekatkan diri ngan maksiat kan...boleh tak sekarang aku nak kau stand for yourself in  life?"

so far tu je yang aku ingat dialog aku ngan dia time tu. kesian kan? tapi takpela..sejarah mengajar kita menjadi  lebih dewasa..lagu tuhhhhh. ok, kalau kau baca belog aku kan, kau kene ingat. aku sentiasa ada untuk kau, kawan aku. tell me everything, you can rely on me ok. tarik nafas dalam-dalam...dengar sini. bukan salahkan kau dia tinggalkan kau. tapi dia tak layak ngan kau. Allah takkan uji kau diluar kemampuan kau. kau mampu sebab tu nAllah bagi ujian camni kat kau. DIA uji kau sebab dia sayang kau. DIA taknak kau go astray. DIA nak kau sentiasa ingat bahawa DIA adalah satu-satunya tempat untuk kau minta pertolongan. buang dia jauh-jauh dari hidup kau cam dia buang kau. tunjukkan kat dia yang kau tu kuat dan kau ok je dia takde ngan kau. toksah nak nangis banyak sangatlah...kau tu dah lah hudoh, makin hudoh bile nangis. tak guna kau nangis untuk orang yang tak reti nak hargai kita. dia buat kau cam sampah. kau still nak dia mati-matian? jangan jadi bodohlah wey...perangai camni lah yang buat orang lain mudah ambik kesemptan kat kau.

tak pasal aku jadi doktor cinta lak kan?hehe..tapi nasihat aku yang last tu cam haremmmm je kan? bukan ape, aku nak dia pikir balik apa yang pompuan tu buat. nak bagi dia lupakan pompuan tu dengan mudah. takde niat aku nak buat dia benci pompuan tu. tapi kalau dia benci pon apa salahnya tu kan hak dia. alahhhh, ye nanti aku brainwash dia balik. biar dia dah tak benci pompuan tu. bila dia dah ok nanti lah. 

susah kan bila kita terlampau sayangkan seseorang? tapi takpe. dah rasa baru tau camne kan..so next time takdelah ulang benda yang same. samesame kita ingat k..

2 comments: