Sunday, April 17, 2011

cinta kerana Allah

ya Allah
jika ditakdirkan aku jatuh cinta lagi
kau kurniakanlah seorang lelaki yang meletakkan cinta terhadapMU melebihi segalanya
nanti bole la dia bimbing aku dan aku tumpang dia ke syurga
kurniakanlah aku pasangan hidup yang membimbing aku, bukan dibimbing oleh aku
seorang yang hormatkan parents agar dia pon hormat parents aku nanti
juga agar dapat anak-anak yang soleh dan solehah
seorang yang mempunyai ego yang sederhana
tidak terlampau tinggi
dan bukan yang langsung tidak mempunyai ego
sebab nanti aku akan pijak kepala
seorang lelaki yang sempurna ibadat wajibnya
lelaki yang mampu mengetuai keluarga
yang boleh jadi imam solat aku dan anak-anak
lelaki yang pandai mengimbangi urusan kerja dan rumahtangga
bukan  yang terlalu 'workaholic'
bukan juga yang terlalu 'goyang kaki bace paper'
(ada kena maki ngan aku kang-nusyuz aku)
yang pandai imbang duniawi dan ukhrawi agar teratur perbuatan dan percakapannya
lelaki yang menyejukkan time aku panas
bukan yang memanas dan menghangatkan lagi aku ketika panas
lelaki yang boleh terima tegur orang
bukan yang ikut kepala sendiri je
lelaki yang agak romantik agar ada seri
bukan yang macam batu dan tunggul yang tiada perasaan
bukan yang terlampau serius sampaikan nak cakap kene ikut skema
bukan juga yang terlampau romantik sampaikan tiap tiap hari ada surprise

tapi jika aku tiada peluang untuk jatuh cinta lagi
kau temukanlah aku dengan jodoh aku yang abadi di syurga
yang pastinya jauh lebih sempurna dari apa yang aku mahukan

ya Allah
kau maha mengetahui segala sesuatu
jika cinta yang datang kepadaku menyesatkan aku, kau hindarkanlah dari aku
aku tak nak hilang cintaMU kerana taksub dengan cinta manusia
jauhkanlah aku dari cinta yang membuat aku leka dan lalai
jauhkanlah cinta yang membuat hati kaku dan beku
jauhkanlah aku dengan cinta yang hilangnya akan meragut kebahagiaanku

ya Allah
segalanya kuterima


No comments:

Post a Comment