Thursday, April 7, 2011

sahabat..







Sahabat,
Kadang-kadang langkah kaki saya juga bengkok. Terpesong dari tujuan yang asal. Saya harap di kala itu, kamu dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini. Kamu pun nak masuk syurga bukan? Saat saya terleka nanti, berilah peringatan kepada saya. Saya harap saat itu nanti, kamu juga dapat memandang saya dengan penuh kasih-sayang. Dengan penuh rasa berharap untuk melangkah ke syurga bersama-sama saya. Tolong jangan tinggalkan saya terumabang-ambing saat itu. Tolong betulkan saya.
Sahabat,
Pandanglah mereka disekelilingmu dengan pandangan kasih-sayang. Kasih seorang manusia terhadap manusia lain. Janganlah dipandang hina mereka atas perbuatan buruk mereka, kerana mungkin mereka tidak mengetahuinya. Kitalah yang tahu bertanggungjawab untuk menyampaikan suruhan Allah SWT kepada mereka. Bertanggungjawab untuk menyampaikan kata-kata rasulullah SAW kepada mereka. Sebab, kita pun nak masuk syurga dengan mereka. Bersungguh-sungguhlah dalam dakwahmu, dakwah yang akan menyelamatkan kita dan mereka dari azab Allah SWT yang tersangat dahsyat.
Sahabat,
Bersyukurlah apabila ada yang menegur perbuatan buruk kita. Kerana masih ada yang sayang pada kita. Kerana mereka nak masuk syurga dengan kita. Janganlah bersangka buruk terhadap mereka kerana sesungguhnya, mereka hanya inginkan yang terbaik buat kita di kehidupan kekal abadi kelak. Merekalah sahabat-sahabat yang akan memimpin tangan kita untuk ke syurga bersama-sama nanti. Berterima kasihlah kepada mereka.
Sahabat,
Saya nak masuk syurga dengan kamu.
Saya nak masuk syurga dengan kamu.
Saya nak masuk syurga dengan kamu.
Jomlah kita amalkan ajaran Islam yang sebenar. Jomlah kita taati Allah dan rasulNya. Jomlah kita perbanyak amal kita sementara masih ada. Jomlah kita menjadi kekuatan satu sama lain untuk terus berada di jalanNya.
Akhir kata, saya sayang kamu semua. Doakanlah kebaikan untul saya di dunia dan akhirat. Kamu juga akan sentiasa dalam doa-doa saya. Sebab, saya nak sangat masuk syurga dengan kamu!!

No comments:

Post a Comment