Wednesday, January 2, 2013

masa depan

tengah study untuk coming final exam. tiba-tiba kepalotak stuck. dah tepu je macam. aku baca satu pon tak masuk. haishhhhh. then tetiba teringat kat bonda di kampung. alahai rindunya lahai. call kejap. sembang sikit then bonda boleh tanya soalan yang buat jiwa aku kacau. 

bonda : bila ain nak habis belaja?

aku : lambat lagi..awal 2015 kot.

bonda : lamanyaaaa....syira (adik aku) dah na habis dah.

aku : orang amek degree, syira tu diploma. (alasan)

pastu mak aku dah berangan suh aku keje kat petronas. insyaallah ma kalau ada rezeki ada lah tu. bukan keje ngan petronas je, jadi owner petronas pon bole kalau ada rejeki (comey je rejeki). kalau nak cepat naik pangkat kawen ngan bos. ye dak? 

after sembang terus aku terpikir hala tuju aku. oh ok ni kan beginning of the year. sesuai sangatlah kalau aku nak set azam and semangat sempena tahun baru ni kan. so, aku dah berazam aku nak study bebetul for this semester (ujung sem baru kau nak sedar) and for the coming coming semester insyaAllah. no more lah pikir pasal kawen ni. nanti dah ada aset sendiri baru heaven nak kawen. before tu aku nak berbakti kat parents aku dulu. kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan anak-anak buah pun bakal kena tempias jugak. baru meriah share kejayaan ramai-ramai der.

ok, so now tukar balik plan tahun lepas yang nak kawen bagai tu, priority to family first. bukan taknak kawen or nak kawen lambat ke ape. aku nak ler kawen. gila ape tak nak kawen kan. lagipon tak baik tolak sunnah nabi. kalau sampai masa aku akan kawen. now masa tengah study, study jelah. gatal pikir sal kawen!

Friday, December 21, 2012

asal boleh je

tadi aku pegi carrefour. tujuannya adalah untuk bayar bil dan untuk cari kain fleece disamping jalan-jalan cuci mata. mampu cuci mata je. nak beli tahun lain lah kot. tak pon tunggu orang belikan untuk aku. sebabnya hujung sem ni poket aku rabakkkkk. aku tak tau kenapa, kenapa dan kenapa duit aku selalu tak cukup compared to adik aku. tapi lantak lah dulu. tujuan entry ni adalah untuk meluahkan geram aku.

tadi aku dah semangat nak cari kain fleece tu untuk buat sleeping untuk anak-anak aku. semangat nak cari yang comel-comel sebab mr. fakhrul cakap mungkin ada. masuk je nagoya tu aku tawaf kedai tu dari hujung ke hujung. cari kain tu lah. then agak-agak dah nak give up tu aku tanya sorang akak sales woman kat situ.

aku : akak, kain fleece ada tak?
akak tu : kain fleece? cuba tengok kat situ. (sambil tunjuk ke arah tempat kain cotton).

sebab nak amek hati aku pegi je belek-belek kain tu. sengal ape. kain fleece kau lah ada kat situ. takkan terselit kat celah-celah kain cotton tu. aku dah bengang. kalau tak tau cakap tak tau. tak paham aku. nak keje kat kedai kain at least kau amek tau jenis dan nama kain tu. ni asal boleh je kau keje. dah la aku tengok cam malas je. nak tau kain fleece camne?


ni kain fleece. ada bulu-bulu tu. nampak lembut kan? memang lembut pon. kain ni lah biasanya orang guna untuk buat sleeping bag sugar glider.


ni pulak kain cotton. dua jenis yang berbeza. sangat berbeza. ni untuk buat baju kurung ok.

Sunday, December 16, 2012

aku nak jadi apa?

now final exam sangatlah dekat. tapi syaitan berjaya hasut aku untuk mentelaah movies yang sedia ada dalam hard disk and movies yang di'collect' dari kawan-kawan. sebab apa aku cakap ini angkara syaitan? sebab sebelum ni aku takde nafsu nak tengok movie pon. tapi bila exam dah dekat aku spend banyak masa aku on moviessss. or memang tebiat buruk aku?

sometimes aku malas dah nak jadi student (macamkan aku study hard sangat). pikir nak buat esaimen, projek, lecturer...semua ni buat aku malas. tapi nak keje pon aku malas. aku rasa nak kawen je. tapi nanti dah kawen malas nak masak and uruskan rumahtangga pulak. so apa yang aku nak jadi sebenarnya?

kalau jadi eva & zakaria (sugar gliders aku):
ermmmm aku akan bunuh diri sebab stress. sebab selalu kena kurung. lagi-lagi kalau tuan aku nama ASMA AINI MUSTAPA. pemalas yang amat. bekas makanan basuh everytime nak letak makanan lain je. kalau tak jangan harap nak basuh. sleeping bag pulak busuk hapak. pastu selalu kena marah. kadang-kadang kena lempang. so aku tak nak jadi eva & zakaria.

kalau jadi buku:
pon aku akan boring. boring kalau jadi buku ASMA AINI MUSTAPA. duduk je kat rak tu tak disentuh. benda yang berfaedah pon jadi tak berfaedah.

kalau jadi baju:
oh no! aku akan pening kalau tuan aku bernama ASMA AINI MUSTAPA. pening bau ketiak lagi, pening kena pusing dalam machine lagi. basuh pakai tangan jauh sekali. hurm, pon tak bole jadi baju.

semua tak sesuai aku rasa. aku memang ditakdirkan untuk jadi manusia. boleh kalau nak kekalkan sifat malas aku tapi for now aku kena rajin. study rajin-rajin pastu nanti jadi bos. at that point aku akan buat keje guna air liur saja. semua aku arahkan orang.haha.that's it!

Wednesday, November 28, 2012

meluat

aku muak lah dengan manusia yang kejenya suka condemn orang. macamkan baik sangat je. aku tak kisah kau nak condemn semua benda pasal aku tapi cara kau tolong berhemah sikit. aku boleh terima kalau orang bagi nasihat dengan cara baik. tapi kalau nak perli-perli sorry i can't tolerate. kau perli-perli buat aku rasa nak maki kau. you got me??

aku tahu couple tu salah malah berdosa. tapi sama je kalau keluar dengan kawan lelaki. that thing kau anggap halal sebab tu atas dasar kawan. please lah. yang kau duk kutuk semua orang even orang tu tak buat salah kat kau kau tak pikir ke tu berdosa? kau kena mintak maaf kat orang tu sendiri tahu?? orang buat amal kau sangsi.

aku dah muak dengan perangai cam kau. ini serius!

Thursday, September 27, 2012

fashionista?? errrr

lama tak menaip secara tak rasmi macam ni terasa janggal pulak. tadi aku bukak fb then ada contest yang aku lupa tajuk apa. tapi syarat-syarat contest tu macam nak tengok keberanian dan kepandaian participant bermain dengan warna. aku tak bukak pun tapi dah keluar kat home aku..so aku terpandang secara tak sengaja. then i feel like...ERRRR! nak jadi fashionista ke apa...? bagi aku ini adalah JENAYAH PEMAKAIAN! konfiden je pakai macam tu..like kaler kuning terang plus biru terang. watdeeeeee......maybe kau rasa cantik lah kan. kau nampak diri kau camni.



tapi aku nampak kau camni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Wednesday, August 29, 2012

story of a bird

i once found a little small bird. it was wounded! i brought it home. ubati luka dia. agak lama masa yang diambil untuk ubati dia. until now dia belum recovered sepenuhnya. dalam aku nak ubati dia, i admit aku banyak terluka. dia cakar aku, dia patuk aku, dia berak atas aku. tapi aku keep on sabar, tahan hati dan perasaan for the sake of nak tengok dia kembali sembuh dan terbang macam biasa. aku boleh paham kalau dia behave that way, sebab dia still dalam proses penyembuhan. maybe emosi dia tak stabil. ok fine aku boleh paham.

semakin lama, dia makin sembuh..alhamdulillah. tapi belum sembuh sepenuhnya pon dah nampak yang dia macam nak pegi and leave me. sedih gila bila ingat kemungkinan itu. and now pun dia memang nak lari. lari ke tempat lain. dia tak pikir ke apa yang aku tanggung sebelum ni demi nak tengok dia sembuh. tak pernah ke dia terpikir tu?

Monday, July 23, 2012

adakah sudah berakhir?

bangun pagi. alhamdulillah i'm still alive. Allah give me the chance to have a better life, better then yesterday. oh my god, tears at my eyes! something had happened last night! what it was? ok, now i remember...it's true. bukan mimpi, bukan nightmare. it really happened!



awak, 
you should know...
all i want is someone who will stay no matter how hard to be with me..will you?
if you knew you can't, please don't give me any false hope anymore.
my heart is not a playground, go play somewhere else.
they always told me not let my wounds transform me into someone else!
until now i'm trying to be myself, to give the best out myself.