ya Allah jika ditakdirkan aku jatuh cinta lagi kau kurniakanlah seorang lelaki yang meletakkan cinta terhadapMU melebihi segalanya nanti bole la dia bimbing aku dan aku tumpang dia ke syurga kurniakanlah aku pasangan hidup yang membimbing aku, bukan dibimbing oleh aku seorang yang hormatkan parents agar dia pon hormat parents aku nanti juga agar dapat anak-anak yang soleh dan solehah seorang yang mempunyai ego yang sederhana tidak terlampau tinggi dan bukan yang langsung tidak mempunyai ego sebab nanti aku akan pijak kepala seorang lelaki yang sempurna ibadat wajibnya lelaki yang mampu mengetuai keluarga yang boleh jadi imam solat aku dan anak-anak lelaki yang pandai mengimbangi urusan kerja dan rumahtangga bukan yang terlalu 'workaholic' bukan juga yang terlalu 'goyang kaki bace paper' (ada kena maki ngan aku kang-nusyuz aku) yang pandai imbang duniawi dan ukhrawi agar teratur perbuatan dan percakapannya lelaki yang menyejukkan time aku panas bukan yang memanas dan menghangatkan lagi aku ketika panas lelaki yang boleh terima tegur orang bukan yang ikut kepala sendiri je lelaki yang agak romantik agar ada seri bukan yang macam batu dan tunggul yang tiada perasaan bukan yang terlampau serius sampaikan nak cakap kene ikut skema bukan juga yang terlampau romantik sampaikan tiap tiap hari ada surprise tapi jika aku tiada peluang untuk jatuh cinta lagi kau temukanlah aku dengan jodoh aku yang abadi di syurga yang pastinya jauh lebih sempurna dari apa yang aku mahukan ya Allah kau maha mengetahui segala sesuatu jika cinta yang datang kepadaku menyesatkan aku, kau hindarkanlah dari aku aku tak nak hilang cintaMU kerana taksub dengan cinta manusia jauhkanlah aku dari cinta yang membuat aku leka dan lalai jauhkanlah cinta yang membuat hati kaku dan beku jauhkanlah aku dengan cinta yang hilangnya akan meragut kebahagiaanku ya Allah segalanya kuterima |
Sunday, April 17, 2011
cinta kerana Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment