Monday, August 8, 2011

saya tak suka @ benci @ fobia....


  1. ulat, lintah dan saudara-mara mereka
OMG! memang anti sangat nngan benda alah ni. kalo orang sebut je aku dah terbayang rupa dan paras beliau. then nanti jadi cam ape je dek akibat kegelian dan kegelemanan. kalo aku kat umah memang aku takkan potong sayur yang berdaun hijau such as sawi, kangkung dan adik beradik mereka. kalo nak masak sayur tu aku akan mintak tolong sape-sape tolong potongkan sayur tu. kalo terpaksa sangat-sangat nanti aku akan teliti sayur tu one by one. dah kompem takde 'benda' tu baru aku potong tapi still beware lagi. at that time kalo ada something yang terkena tangan aku sikit pon darah aku dah berderau dan terus start fobia. sometimes kalau 'penyakit' tu datang aku akan rase benda alah tu ada kat dalam baju lah, kat atas kepala lah..then nanti mule lah jantung rase can nak keluar kannnn...memang teruk fobia aku kat benda ni ingat nak upload gambar benda tu tapi tak sanggup. tulis pasal benda tu rase semacam je ni. aku jadi makin teruk pas incident time duk kat hostel time secondary school dulu....ada lah kannnn^^. then aku pernah kena baling lintah ngan seorang budak jahat!

    2. iklan hantu

almost 2 months aku cuti boleh kira berapa kali aku duk mengadap tv. bukan sebab ape..lately kt tv banyak iklan hantu. tu yang aku tak suke. before this aku suke tengok tv sorang-sorang tengah malam (sebab banyak cerita best) tapi sekarang dah tak dah sebab tu lah! dengan suara sekali makkkaihhhhh....seram aku. aku dah lah penakut. penakut yang amat. malam-malam aku akan kejutkan adik aku kalau nak buang air. tapi sekarang adik aku kat hostel, dah takde orang nak temankan aku dah. akak aku ada tapi dia tak rajin nak melayan aku. akak aku yang first tu pon penakut jugak. jangan nak mengata aku sorang lah..haha. now anak buah aku @ anak aku yang first tu pon penakut gak. .haishhhh, keturunan ke, nyah? aku suke tengok cite hantu, tapi kene ada orang duk kat ruang yang sama ngan tenpat aku menonton tu. tak kisah la orang tu nak buat ape pon asalkan aku tau ada orang. orang tu nak tido pon takpe, aku tak kesah..once aku pernah terkena beb. kat fb ada link nak hack top up. aku klik r, then terus keluar muke hantu kan.. m.idongan suara skali..hambekkkkk kau! terus aku cabut bateri lappy dan duk melangut sorang-sorang tak bole tido sebab teringat lagi muke hantu tu. 

    3. gelap

mostly kawan aku tak bole tido kalau lights on, tapi aku suke dan sangat suke. aku tak boleh tido kalo dalam gelap. nak kene ada gak cahaya. tido dalam gelap? bole je, tapi nak kene ada teman. kalo tak memang susah aku nak tido. mata asyik melilau je. yeah i am a coward. i used to be haunted by the fear of thieves, ghosts and serpent. i didn't dare to stir out of door at night alone. darkness is a terror to me. it is almost impossible for me to sleep in the dark, as i would imagine ghosts coming from one direction, thieves from another and serpents from a third.

    4. tengok documentary dasar laut dan angkasa

yang ni cam pelik kan? when my friend discover this one she was really shocked. dia tertanya-tanya kenapa and cakap aku pelik non-stop. that's the truth. tak bole tengok sorang-sorang actually. kalo ada yang join bole aje. aku jadi takut bile tengok. kalau takot yang dasar laut tu maybe sebab mimpi. aku pernah mimpi mainan imak paus jadi besar. after that aku takot nak mandi sorang-sorang. takot ikan paus besar datang. gile penakut aku ni...^^

     5. di'compare' ngan orang lain.

haaa...yang ni memanggggggg! don't you ever compare, condemn aku ngan sape sape. i am who i am. kalo rase orang lain lagi bagus takpela, tapi jangan nak compare ngan aku. orang lain ada kelebihan dan kekurangan dia sendiri so do i. memang la aku tak sama ngan orang lain, kalo sama jadi cam robot ciptaan manusia la kan. jangan compare aku ngan orang yang aku rapat, nanti aku jadi benci ngan orang yang aku rapat tu. ngan sape-sape jelah...jangan! bialah aku bodoh, orang tu cerdik ke...aku hodoh orang tu cantik ke, aku jahat orang tu baik ke...kalo nak tegur aku jangan gunakan approach yang compare-compare..pleaseeeee

    6. bagi arahan banyak kali

dushhhhhh! tak suke....! cakap sekali sudah lah. bile dah ulang banyak kali nanti benda yang aku ikhlas nak buat akan jadi tak ikhlas dan dicampur dengan benci, marah dan geram. sekali sudey...saya tidak pekak!

                 



Ya Allah, lindungilah kami..

astaghfirullahalazim...Ya Allah, semoga Kau lindungi aku dari kesesatan. terkejut sangat bace hasil tulisan seorang hamba Allah ni. ape masalah dia ntah. kalo nak sesat pegilah sesat sorang-sorang. tak perlu nak hebohkan satu dunia yang kau tu sesat. bangga sangat ke buat kerja terkutuk tu? ape yang kau dapat? kau tunggu jelah balasan Allah nanti. aku bukan nak doakan kau mati tak sempat nak taubat sangat pon, tapi aku geram. kenapa nak hina agama sendiri kalo betul kau islam. kenapa nak hina Allah, kenapa nak hina idola umat islam, Muhammad s.a.w? kenapa nak translate al-quran ikut suke hati kau? kenapa nak hina pemimpin? apa yang kau cuba nak buktikan? whatever it is semoga kau sempat bertaubat sebelum nyawa bercerai dari badan. semoga Allah ampunkan kau walaupun kau dah melampau sangat-sangat!

*luahan kegeraman yang tak dapat dibendung. kalau ape yang aku bace tu tak betul semoga Allah ampunkan aku dan sape-sape yang terlibat. kalo betul semoga Allah berikan hidayah kepada pemilik blog tersebut. .amin...

Saturday, August 6, 2011

..Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab..


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluh...an remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

 Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.." "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"

*this one saya copy dari note seorang hamba Allah kat fb. sangat menarik dan saya teruja nak share. MashaAllah, alhamdulillah...syukur jadi wanita. sayang sangat Allah kat kite. senang je wanita nak masuk syurga tapi penghuni neraka mostly wanita. yep, nak buat jahat banyak yang sokong(syaitan + hawa nafsu)..tapi ble kita nak buat kebaikan syaitan akan menggunakan sepower-power senjata tak nak bagi kita teruskan niat baik kita..jom,sama-sama perbaiki diri kita..semoga Allah sentiasa bersama kita ^^

oh akak penjual kuih...

bulan ramadhan ni banyak je orang jual kat bazar kannnn....memang best! tapi ada gak yang aku tak gemar. penjual yang biadap. alahai akak, kita cari rezeki ni kene lah murah sikit senyum. kalo penat tak nak senyum pon jangan la buat muke masam kakkkkk oooiiiii...muncung tu bole sangkut plastik kuih dah aku tengok. saya tau akak penat menjual tambah-tambah lagi bulan puasa ni. tapi saya lagi penat round sume gerai kat bazar ni kakkkk..saya pon puasa gak tau. tapi saya suke keje saya (merayau). yang buat saya geram yang amat tu alahaiiii....akak ni kan kalau ngan customer lelaki bukan main senyum. sampai ke telinga. sampai lupe nak cover gigi. tapi kalo ngan pompuan makkaihhhhh....muncung sedepa. sedarlah wahai akak =)

akak tau tak banyak lagi gerai yang kami boleh pergi tau. kuih kat tempat lain lagi menarik dan banyak. tapi kami kesian kat akak je duk muncung ingatkan takde orang nak beli, tapi ble kami pegi pon akak muncung gak. layan cam nak gaduh je. oh, pahamlah saya..akak memg cmni kannnnnn...teruskan lah perangai camtu. memang dijamin nanti customer akak sume laki je...hambekkkk, kau nak sangat kan??

*ditujukan kepada akak penjual kuih tertentu sahaja...luahan hati insan yang bengang..!haha

Sunday, July 31, 2011

welcome ramadhan

jap je masa berlalu..tup tup dah puasa balik. alhamdulillah setan kene ikat nanti. kalo ada gak yg wat jahat tu paham-paham la. setan dalam diri lah tu. meh aku tolong ikat setan yang spesies yg camni. kepada orang muslim seluruh dunia, selamat berpuasa. semoga ramadhan kali ni lagi baik dari yang sebelum ni, insyaAllah. ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna. agar dapat kulalui dengan sempurna. 

Monday, July 25, 2011

ayah aku penipu!

ayah aku suke tipu tau. bile dah revealed aku sedih sangat-sangat. nape ayah aku tipu??ok, banyak kali dah ayah aku tipu. sedih je. firstly bile aku mintak duit. ayah aku cakap ada je walaupon takde dan beliau akan berusaha bagi aku duit. tipu kan?

second, time drive jauh-jauh..aku nampak ayah aku ngantuk tapi bile aku tanya ngantuk ke tak dan offer nak drive ayah aku cakap tak ngantuk. aku tau ayah aku tipu. sebab aku ingat once ayah aku pernah cakap "selagi ayah ada ayah akan drive melainkan mung drive ngan kawan-kawan or ayah sakit or ayah dah takde". tengok, ayah tipu lagi.

third, setiap hari jumaat ayah aku akan beli bekpes kt lua. then beliau akan rushing balik anta makanan tersebut then akan bergegas ke pasar. everytime aku tanya ayah mkn tak lagi ayah aku akan cakap dah makan tapi aku tau ayah aku tipu. beliau belum makan sebab beliau nak bergegas nak g pasar beli barang untuk masak lunch. kalau lambat nanti sume tu dah tak segar and fresh. tengok, ayah aku tipu lagi!

fourth, pernah aku tengok ayah aku terbaring kat dapur. aku tau kalau dia terbaring kat dapur something wrong ngan dia lah tu. then aku tanya kenapa?? ayah aku cakap "sebab panas. lantai ni sejuk. ayah nak sejukkan badan jap" tapi aku tau ayah aku tipu lagi. beliau tak ok. beliau tak sihat. sebab tak lame lepas tu aku nampak beliau muntah. ayah tak pandai tipu...

fifth, bile aku tau ayah aku tak sihat aku offer beliau nak anta pegi klinik, then beliau cakap dah ok. see, ayah aku selalu tipu kan?

*tapi aku tak salahkan ayah aku atas segala penipuan yang dilakukan. beliau buat cmtu sebab tak nak kitorang risau, tak nak kitorang sedih. beliau tunjukkan kekuatan palsu yang direka untuk mengaburi mata kami. lihatlah pengorbanan seorang ayah. terima kasih ayah... I LOVE YOU!

Sunday, July 24, 2011

3 days left..can't wait!

disebabkan dah lame aku tak bole meng'hapdet', so ari ni aku nak hapdet manyak-manyak. refer to the title, 3 days left! can't wait! my eldest sister will arrive malaysia a.k.a home. she and her family with 4 kids ok. bole imagine camne aku nak manage nanti? sorang anak sdare pompuan pon aku dah penat cam hape nak layan, ni lagi 4 org askar..hehe, tp syok!! kome-kome, cepat la balik..cin ain tak sabar dah ni..nanti toki, tokma and cik ain g amek amek kome-kome kt airport. yang cik ain tau cik ain nak something! hahaha...demand tol aku..

bile mereka balik maka tugas aku akan bertambah. washing machine akan berpusing beberapa kali dalam sehari, mulut aku akan bertambah kuasa, aku akan banyak kali kene pegi kedai, wahhhhh...i need baju superwoman! haahahaha....

nanti byk plan aku nak wt bile mereka balik...yuhuuuuu ^^