Thursday, August 11, 2011

cuba bayangkan...haiwan ber'facebook'

mpstly friend kat fb aku sume benda mesti nak buat status. tu baru manusia..kalo haiwan ada facebook camtu gak ke erk? ok, contoh kat bawah ni...status facebook haiwan-haiwan kat facebook..

cicak : tuan rumah baru beli raket elektrik..gua kenduri nyamuk bbq malam nih..

nyamuk : baru habis ronda umah Ajoi..kenyang burp. Alhamdulillah
ayam : tidaaaaaaak! besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran..gua mau disembelih!!
cicak : isteriku tersepit pintu
kucing betina : anak i yang ke-5 tanya  bapaknya sape. i bingung nak jawab pe.  i pon dah lupa sape bapaknya
ayam : kawan-kawan, kalo esok gua dah tak hapdet maknanya gua dah digoreng. i love u all. jangan lupa buat kenduri arwah untuk gua ya...
nyamuk : siot, sekali drug addict gua hantam daa...gua positive HIV AIDS..uwaaaaa
cicak : mau ke bilik air anak tuan rumah jap..baru beli video cam baru
kucing : baru je add awek sebelah umah..keturunan PARSI beb!!
tikus : operasi malam ni selongkar kabinet daput..sape nak ikot??
katak : malam ni nak buat konsert la..dah lame tak hujan ni..hangat hoi!
ular : rasa nak makan lauk telor la malam ni..mane nak cari ek??
anjing : aku tension tiap kali mat rempit kumpul kat tepi umah aku tiap-tiap malam. nak tido pon tak senang. hanjen punya orang!
kuda : patah kaki. rider aku bangang silap timing time nak lompat pagar. sekarang rehat kat kandang.
kura-kura : aku sakit hati bila bini aku berjalan. lembab macam siput babi
siput : alu sakit hati bila bini aku bergerak. lambat macam kura-kura
gagak : tadi jumpa ayam KFC. jangan jeles!
burung kakak tua : susah betol nak ubah stigma masyarakat. walaupun aku burung kakak tua tapi aku jantan!!
babi hutan : susah betol nak cr makanan halal skarang ni
kera : semalam gf aku bg bunga. sedap jugak kunyah
tikus : aku makan mi goreng mamak kt gerai . meh la join skali
lalat : asyik hurung bangkai je..alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus
sotong : aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00 ptg. ngendap slow2 ala pink panther curik ikan bawal kak lela majnun
lipas : merasmukan kepak baru ..gerun bila tengok member kene tarik ngan jeli  panjang kepunyaan cik cicak...eeeiiii...seram!
itik serati : hahahaha...lawak2 ayam serama tu ada hati jalan tersengguk-sengguk..nak tiru aku le tu..
ikan laga : boring sey duk sorang-sorang lam tanki ni..
ikan parang : kurang asam manusia...ada ke patut letak muka  aku kat depan bekas keropok
ikan jerung : kenapa takde sorang pon nak add/approve aku =(
ikan sepat : teringat jiran sebelah yang dah dijadikan pekasam..al-fatihah
ikan bilis : wah ramainya kawan kita. tahniah remy kau kawan aku yang ke 5000
ikan arowana : cantik tak sisik i? cantik kan?
ikan emas koki : camne nk kurus ni?

aedes : baru je selamat bagi injekan maut,yeah!!!!


hehehe...cuba bayangkan!!!

kawanku, sabarlah...

beberapa hari yang lepas kawan aku called and nangis-nangis. aku tak tau nak cakap camne kat dia sebab aku tak tau for what reason dia nangis. yang boleh aku cakap at that time ialah "nangislah puas-puas. nanti dah ok ceritalah kat aku kalau kau rasa need someone to share". baik tak aku??hehe..aku sangat terkejut ok. aku tak pernah nampak or dengar dia nangis seteruk itu. nangis sikit pun aku tak pernah dengar. yang aku tau dia adalah lelaki yang macho! macho la sangat kannnn...then tunggu punya tunggu dia pun dah ready nak cerita. ceritanya begini..

"asma, aku sakit sangat sekarang ni. dia dah tinggalkan aku. dia dah couple lain. aku tau aku banyak buat salah kat dia. aku tak boleh nak maafkan diri aku sendiri atas apa yang aku lakukan kat dia dulu. maybe ni harga yang aku patut bayar atas perbuatan aku yang dulu. aku rindu dia. kenangan ngan dia susah aku nak lupakan. semua yang aku buat remind me of her. dia suruh aku tunggu dia, aku tunggu. time nga gayut kat telefon dia boleh suruh aku tunggu sebab nak reply message. aku tahan je even sakit. sebab sayang kat dia. time takde orang dia cari aku, tapi bila dia dah ada orang lain dia abaikan aku"

then aku cakap camni kat dia..

"first of all kau kene stop blaming yourself. kalau betul dia sayangkan kau dia takkan buat kau camni. dah banyak kali aku cakap kat kau don't let someone else be your priority while you are just their option. takpela, maybe kau lupa. itulah gunanya kawan, mengingatkan bila kita terlupa. now aku nak kau please lupakan dia. cari rahmat Allah disebalik semua ni. everything happened for reasons. cuma kita je yang tak tau ape kan. so be patient. wait and see. Allah knows best! kegagalan mengajar kita untuk jadi lebih berhati-hati. siapa tahu maybe dia bukan yang terbaik untuk kau. ada yang lagi baik sedang memperbaiki diri untuk jadi yang terbaik untuk kau. tapi masanya belum sampai. mungkin gak Allah tak nak kau bergelumang dengan dosa. yelah, couple tu kan macam mendekatkan diri ngan maksiat kan...boleh tak sekarang aku nak kau stand for yourself in  life?"

so far tu je yang aku ingat dialog aku ngan dia time tu. kesian kan? tapi takpela..sejarah mengajar kita menjadi  lebih dewasa..lagu tuhhhhh. ok, kalau kau baca belog aku kan, kau kene ingat. aku sentiasa ada untuk kau, kawan aku. tell me everything, you can rely on me ok. tarik nafas dalam-dalam...dengar sini. bukan salahkan kau dia tinggalkan kau. tapi dia tak layak ngan kau. Allah takkan uji kau diluar kemampuan kau. kau mampu sebab tu nAllah bagi ujian camni kat kau. DIA uji kau sebab dia sayang kau. DIA taknak kau go astray. DIA nak kau sentiasa ingat bahawa DIA adalah satu-satunya tempat untuk kau minta pertolongan. buang dia jauh-jauh dari hidup kau cam dia buang kau. tunjukkan kat dia yang kau tu kuat dan kau ok je dia takde ngan kau. toksah nak nangis banyak sangatlah...kau tu dah lah hudoh, makin hudoh bile nangis. tak guna kau nangis untuk orang yang tak reti nak hargai kita. dia buat kau cam sampah. kau still nak dia mati-matian? jangan jadi bodohlah wey...perangai camni lah yang buat orang lain mudah ambik kesemptan kat kau.

tak pasal aku jadi doktor cinta lak kan?hehe..tapi nasihat aku yang last tu cam haremmmm je kan? bukan ape, aku nak dia pikir balik apa yang pompuan tu buat. nak bagi dia lupakan pompuan tu dengan mudah. takde niat aku nak buat dia benci pompuan tu. tapi kalau dia benci pon apa salahnya tu kan hak dia. alahhhh, ye nanti aku brainwash dia balik. biar dia dah tak benci pompuan tu. bila dia dah ok nanti lah. 

susah kan bila kita terlampau sayangkan seseorang? tapi takpe. dah rasa baru tau camne kan..so next time takdelah ulang benda yang same. samesame kita ingat k..

Wednesday, August 10, 2011

place to see before you die..^^ ITALY

italy..hurm, place that i'm dying to go to. whatever it is Mekah is my priority as a muslim. but Italy ni adorable kot..teringin sangat nak pegi sane. start 'gile' after tengok cerita 'Letters to Juliet'...makkkkk,tempat dia cantikkk sangatttt. i love nature, a lot! after that moment i used to berangan sorang-sorang. time kat hostel bila terjaga pukul 2 or 3 pagi saya akan called pak cik google, cari gambar Italy. then imagined myself kat tempat uhh...berangan macam-macam. ok, wanna share some cool pics of 'my Italy'..ok, let pictures do the sory ok^^

Beach, Gabbice Mare
colourful parasols and chairs..ingatkan ape, pantai rupenye!

Campanile, Baruno
 island of Burano, kat Venetian Lagoon. famous ngan bright painting house and traditional lace makingnya. tower yang kaler brown kt blakang tu leans as the same 5 degrees cam Pisa tower!

Canal Grande Triesta

Capri

children on terrace
 kids overlooked at the beautiful Santa Maria dei Frari churh..kalaulah one of the kids tu aku..hurm
Dolomites
 mount yang belah kiri tu name dia Sassolungo and Five Fingers and yang belah kanan tu name dia Pordoi

snow dolomites

Duomo, France
 majestic beauty of the dome and the rest of Florence sprawling behind it..


Galleria Vittorio Emanuel

Gate of Paradise, Florence

Gelato shop, Siena, Italy

Brenta, Italy
 hiking kat Brenta..alah, jangan risau ada tali tuhh



inside Roman Colloseum

Leaning Tower of Pisa

Miage glacier, Italy

Mount Stromboli
 erupting volcano and an atmosphere lacking oxygen produced different colour in the sky

Mount Rocciamelone, Italy
 sunset view from the summit of mount Rocciamelone. belah kiri tu is a huge shadow of the mountain's conical shape projected to infinity

houses in Napoli, Italy
 wah...cantik dan tersusun!

Pantheon Rome, Italy

Ratto Delle Sabine, Florence
 the clock is the background of Palazzo Vechio

Roman Colloseum

Selinunte, Sicily
 one of the most important of the Greek colonies

shephard, Appian Way

Spanish Steps, Rome

sonflowers in Tuscan
 try imagine yourself kt tengah-tengah ni..hohoiiii
Trentino lake, Italy
 kalau lah mampu bole tak nak beli tanah kt sini then buat rumah??
Trevi Fountain, Rome
 Trevi fountain ni located kat Rome. tourist flock to throm their coin and wishing in return to Rome..ish ish ish...kurafat! tapi g melawat tak salahkannnn^^
Tuscany hills
 tempat ni ada kat dalam cerita 'Letters to Juliet' tw nyah....niceeee

Venice carnival

gondola Venice

Venice mask painter

Asisi, Italy


cantik tak? tak kesah kalau orang lain tak suka, tapi saya suka. when imagining myself surrounded by nature or in Italy, OMG...what a heaven! berangan je pon..tak taw lah kalo dapat pegi sane. tak bole nak bayangkan larrr....kalau ada rezeki sampai la aku ke sana. pegi honeymoon pon syokk..kalau ada yang nak blanje pegi sane laaaaagi bestttt. ehemmm,anyone??hohoho....*wink2*



Monday, August 8, 2011

saya tak suka @ benci @ fobia....


  1. ulat, lintah dan saudara-mara mereka
OMG! memang anti sangat nngan benda alah ni. kalo orang sebut je aku dah terbayang rupa dan paras beliau. then nanti jadi cam ape je dek akibat kegelian dan kegelemanan. kalo aku kat umah memang aku takkan potong sayur yang berdaun hijau such as sawi, kangkung dan adik beradik mereka. kalo nak masak sayur tu aku akan mintak tolong sape-sape tolong potongkan sayur tu. kalo terpaksa sangat-sangat nanti aku akan teliti sayur tu one by one. dah kompem takde 'benda' tu baru aku potong tapi still beware lagi. at that time kalo ada something yang terkena tangan aku sikit pon darah aku dah berderau dan terus start fobia. sometimes kalau 'penyakit' tu datang aku akan rase benda alah tu ada kat dalam baju lah, kat atas kepala lah..then nanti mule lah jantung rase can nak keluar kannnn...memang teruk fobia aku kat benda ni ingat nak upload gambar benda tu tapi tak sanggup. tulis pasal benda tu rase semacam je ni. aku jadi makin teruk pas incident time duk kat hostel time secondary school dulu....ada lah kannnn^^. then aku pernah kena baling lintah ngan seorang budak jahat!

    2. iklan hantu

almost 2 months aku cuti boleh kira berapa kali aku duk mengadap tv. bukan sebab ape..lately kt tv banyak iklan hantu. tu yang aku tak suke. before this aku suke tengok tv sorang-sorang tengah malam (sebab banyak cerita best) tapi sekarang dah tak dah sebab tu lah! dengan suara sekali makkkaihhhhh....seram aku. aku dah lah penakut. penakut yang amat. malam-malam aku akan kejutkan adik aku kalau nak buang air. tapi sekarang adik aku kat hostel, dah takde orang nak temankan aku dah. akak aku ada tapi dia tak rajin nak melayan aku. akak aku yang first tu pon penakut jugak. jangan nak mengata aku sorang lah..haha. now anak buah aku @ anak aku yang first tu pon penakut gak. .haishhhh, keturunan ke, nyah? aku suke tengok cite hantu, tapi kene ada orang duk kat ruang yang sama ngan tenpat aku menonton tu. tak kisah la orang tu nak buat ape pon asalkan aku tau ada orang. orang tu nak tido pon takpe, aku tak kesah..once aku pernah terkena beb. kat fb ada link nak hack top up. aku klik r, then terus keluar muke hantu kan.. m.idongan suara skali..hambekkkkk kau! terus aku cabut bateri lappy dan duk melangut sorang-sorang tak bole tido sebab teringat lagi muke hantu tu. 

    3. gelap

mostly kawan aku tak bole tido kalau lights on, tapi aku suke dan sangat suke. aku tak boleh tido kalo dalam gelap. nak kene ada gak cahaya. tido dalam gelap? bole je, tapi nak kene ada teman. kalo tak memang susah aku nak tido. mata asyik melilau je. yeah i am a coward. i used to be haunted by the fear of thieves, ghosts and serpent. i didn't dare to stir out of door at night alone. darkness is a terror to me. it is almost impossible for me to sleep in the dark, as i would imagine ghosts coming from one direction, thieves from another and serpents from a third.

    4. tengok documentary dasar laut dan angkasa

yang ni cam pelik kan? when my friend discover this one she was really shocked. dia tertanya-tanya kenapa and cakap aku pelik non-stop. that's the truth. tak bole tengok sorang-sorang actually. kalo ada yang join bole aje. aku jadi takut bile tengok. kalau takot yang dasar laut tu maybe sebab mimpi. aku pernah mimpi mainan imak paus jadi besar. after that aku takot nak mandi sorang-sorang. takot ikan paus besar datang. gile penakut aku ni...^^

     5. di'compare' ngan orang lain.

haaa...yang ni memanggggggg! don't you ever compare, condemn aku ngan sape sape. i am who i am. kalo rase orang lain lagi bagus takpela, tapi jangan nak compare ngan aku. orang lain ada kelebihan dan kekurangan dia sendiri so do i. memang la aku tak sama ngan orang lain, kalo sama jadi cam robot ciptaan manusia la kan. jangan compare aku ngan orang yang aku rapat, nanti aku jadi benci ngan orang yang aku rapat tu. ngan sape-sape jelah...jangan! bialah aku bodoh, orang tu cerdik ke...aku hodoh orang tu cantik ke, aku jahat orang tu baik ke...kalo nak tegur aku jangan gunakan approach yang compare-compare..pleaseeeee

    6. bagi arahan banyak kali

dushhhhhh! tak suke....! cakap sekali sudah lah. bile dah ulang banyak kali nanti benda yang aku ikhlas nak buat akan jadi tak ikhlas dan dicampur dengan benci, marah dan geram. sekali sudey...saya tidak pekak!

                 



Ya Allah, lindungilah kami..

astaghfirullahalazim...Ya Allah, semoga Kau lindungi aku dari kesesatan. terkejut sangat bace hasil tulisan seorang hamba Allah ni. ape masalah dia ntah. kalo nak sesat pegilah sesat sorang-sorang. tak perlu nak hebohkan satu dunia yang kau tu sesat. bangga sangat ke buat kerja terkutuk tu? ape yang kau dapat? kau tunggu jelah balasan Allah nanti. aku bukan nak doakan kau mati tak sempat nak taubat sangat pon, tapi aku geram. kenapa nak hina agama sendiri kalo betul kau islam. kenapa nak hina Allah, kenapa nak hina idola umat islam, Muhammad s.a.w? kenapa nak translate al-quran ikut suke hati kau? kenapa nak hina pemimpin? apa yang kau cuba nak buktikan? whatever it is semoga kau sempat bertaubat sebelum nyawa bercerai dari badan. semoga Allah ampunkan kau walaupun kau dah melampau sangat-sangat!

*luahan kegeraman yang tak dapat dibendung. kalau ape yang aku bace tu tak betul semoga Allah ampunkan aku dan sape-sape yang terlibat. kalo betul semoga Allah berikan hidayah kepada pemilik blog tersebut. .amin...

Saturday, August 6, 2011

..Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab..


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluh...an remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

 Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.." "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"

*this one saya copy dari note seorang hamba Allah kat fb. sangat menarik dan saya teruja nak share. MashaAllah, alhamdulillah...syukur jadi wanita. sayang sangat Allah kat kite. senang je wanita nak masuk syurga tapi penghuni neraka mostly wanita. yep, nak buat jahat banyak yang sokong(syaitan + hawa nafsu)..tapi ble kita nak buat kebaikan syaitan akan menggunakan sepower-power senjata tak nak bagi kita teruskan niat baik kita..jom,sama-sama perbaiki diri kita..semoga Allah sentiasa bersama kita ^^

oh akak penjual kuih...

bulan ramadhan ni banyak je orang jual kat bazar kannnn....memang best! tapi ada gak yang aku tak gemar. penjual yang biadap. alahai akak, kita cari rezeki ni kene lah murah sikit senyum. kalo penat tak nak senyum pon jangan la buat muke masam kakkkkk oooiiiii...muncung tu bole sangkut plastik kuih dah aku tengok. saya tau akak penat menjual tambah-tambah lagi bulan puasa ni. tapi saya lagi penat round sume gerai kat bazar ni kakkkk..saya pon puasa gak tau. tapi saya suke keje saya (merayau). yang buat saya geram yang amat tu alahaiiii....akak ni kan kalau ngan customer lelaki bukan main senyum. sampai ke telinga. sampai lupe nak cover gigi. tapi kalo ngan pompuan makkaihhhhh....muncung sedepa. sedarlah wahai akak =)

akak tau tak banyak lagi gerai yang kami boleh pergi tau. kuih kat tempat lain lagi menarik dan banyak. tapi kami kesian kat akak je duk muncung ingatkan takde orang nak beli, tapi ble kami pegi pon akak muncung gak. layan cam nak gaduh je. oh, pahamlah saya..akak memg cmni kannnnnn...teruskan lah perangai camtu. memang dijamin nanti customer akak sume laki je...hambekkkk, kau nak sangat kan??

*ditujukan kepada akak penjual kuih tertentu sahaja...luahan hati insan yang bengang..!haha