sila abaikan tajuk boring yang asal boleh je tu. mari kita tumpukan kepada emosi aku yang terumbang-ambing ini. rasa sedih dan rasa tak berguna. rasa nak guling-guling di kaki bukit biar otak jadi ok. rasa macam nak jerit. hoi stress bila jadi cenggini hoi.
macam biasa lah aku mencari rezeki demi sesuap nasi kerja dengan akak guwe. tapi human make mistakes kan. so buat salah. salah aku. kalau salah akak aku or salah tailor takpe. ni salah aku ok. salah sikit je tapi efek dia besar. gittew. aku terlupa nak tulis kaler ape je..pastu customer tak puas hati. yelah kalau aku jadi customer pun aku bengang. ye dak? pulak tu member nak pakai raya haji. lagi haru weyyyy...
aku serba salah kat akak aku dan kat customer tu. customer tu tak sangat sebab aku rasa cantik je abaya tu.haha. tapi ni kesian kat akak aku..kena buat lain. rugi dia yang tanggung. padahal salah aku. hadoi. meleleh dah air mata ni. eeee bongok!