Wednesday, October 9, 2013

rasa bersalah

sila abaikan tajuk boring yang asal boleh je tu. mari kita tumpukan kepada emosi aku yang terumbang-ambing ini. rasa sedih dan rasa tak berguna. rasa nak guling-guling di kaki bukit biar otak jadi ok. rasa macam nak jerit. hoi stress bila jadi cenggini hoi.

macam biasa lah aku mencari rezeki demi sesuap nasi kerja dengan akak guwe. tapi human make mistakes kan. so buat salah. salah aku. kalau salah akak aku or salah tailor takpe. ni salah aku ok. salah sikit je tapi efek dia besar. gittew. aku terlupa nak tulis kaler ape je..pastu customer tak puas hati. yelah kalau aku jadi customer pun aku bengang. ye dak? pulak tu member nak pakai raya haji. lagi haru weyyyy...

aku serba salah kat akak aku dan kat customer tu. customer tu tak sangat sebab aku rasa cantik je abaya tu.haha. tapi ni kesian kat akak aku..kena buat lain. rugi dia yang tanggung. padahal salah aku. hadoi. meleleh dah air mata ni. eeee bongok!

Tuesday, August 27, 2013

murah rezeki..alhamdulillah

semalam awal aku bangun. malam before tu ma dah pesan. "esok bangun awal. nak pegi pasar. nak cari buah doyan". oh yeahhhhh. haruslah setuju. doyan kot. gila kau taknak! so awal lah beta beradu malam tu. semangat nak bangun awal nak cari doyan ni.

so, pagi tu awal gila aku bangun. ma pon terkejut aku tegur dia awal pagi. tapi belum mandi lah time tu. so lets lah siap-siap. masuk-masuk kete je banyak pulak ma listkan tempat yang dia nak singgah. ape-ape jelah ma. layankan je. bukan selalu boleh keluar berdua rileks-rileks siang camni kan.

ok dah sampai tu park kete betul-betul depan stall jual doyan. tapi pusing-pusing dulu nak tengok duyan tempat lain. then ma beli je duyan ngan jiran yang jual kat situ. tapiiiiiii ma tak puas hati. dia nak cari lagi. nak doyan baru katanya. ok jomlah maaaaa. ok, ma jumpa lagi sorang pakcik ni. ma kenal pakcik ni. beli lagi dengan pakcik ni. pastuuuuu pakcik ni bagi lagi 6 bijik. 6 bijik wok! bapak lah banyak gila doyan aku ada. nak makan 2 orang je ni. ayah tak makan doyan. oh heaven..alhamdulillah.

lepas pegi pasar, pegi tempah baju nikah pulak. design baju nikah ni ikut design yang ma suka. yelah, my big day also her bigday kan. yeay! pastu beli stok bawang. pastu pegi bayar bil. dah sampai rumah kemas dulu apa yang patut, pastu ape lagi makan doyan lah! tapi makan sorang je. ma is puasa. makan sorang pon syok je. banyak gila aku bedal.

lepas dah makan time buat keje lah pulak hoi. ada abaya yang baru sampai. nak kena update kat bos. bagi kod abaya tu. tengah godek-godek jumpalah something yang membuatkan hati wanita aku melonjak kegembiraan. apa dia? scroll bawah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tadaaaaa! aku jumpa cekelat. rasa macam bos cakap "this is the reward for your hardwork" muaahaha...melampau sangat. pastu rasa bangga sendiri. sedap weh. cair dalam mulut ni haaaaa. aku makan sorang je. no share-share. sedap weh. sambil taip sambil telan ailio. ok lah nak makan lagi.

bye!

Sunday, August 25, 2013

busuk hati

benda ni dah lama aku and ma tahan. tapi ma boleh sabar lagi lah. ai is cannot. busuk hati sangat ni. sengaja je nak buat kitorang sakit hati. tapi abaikan je. buat dunno je.

ini lah kejenya

hei...ni bukan bakar yang biasa-biasa tau. ni bakar-bakar yang luar biasa. asap tebal nak mampus. busuk yang amat. aku tak tau dia bakar apa setiap hari kot. dari pagi sampai petang. gigih sangat nak buat orang sakit hati tau. macam banyak sangat sampah kat rumah dia. dia tanam pokok untuk bakar dan sakitkan hati kitorang kot. pastu suka buang sisa makanan, perut ikan n ayam dan maybe perut dia jugak kat seberang jalan. eeeee tak senonoh kan. macam orang tak bertamadun je buat keje camtu. selfish sangat. macam dia je yang duduk kat kampung ni. orang macam tu tak boleh duduk dalam komuniti. dia layak duduk dalam hutan je. 

kalau bakar sampah sikit-sikit dan tak menyusahkan orang takde aku nak mencarut sangat lah. ni bakar sampa kat hujung pagar dia, which is dekat sangat-sangat dengan kedai aku. mengganggu aku dan customer lah wei. now aku and ma dah batuk-batuk. sakit dada weh. ok bye.


Saturday, August 24, 2013

nasi bakar

nasi bakar?? pelik bukan. aku pon pelik. sebelum ni pernah dengar nasi kukus, nasi goreng, nasi double masak (panaskan balik), nasi rebus (bubur), ni nasi bakar pulak. iya, benar. ini bukan bohong.

tadaaaa.....set nasi bakar!

baju pink to bonda ai. time nak snap gambar dia dah sound awal-awal "jangan amek gambar ma". amboih retis sangat tau. ni pegi teman ma pegi berbuka lah ni.puasa enam. aku nak jugak puasa berenam tapi tak mampu sebab tak mampulah. ni dah pukul 10pm ok. time berbuka ma minum air mangga and milo, pastu makan pengat ubi. kul 10pm baru nak kuar berbuka yang betul-betul. tu pon sebab tensi Terengganu kalah lawan bola dengan Kelantan. actually tak kalah lagi, tapi ma dah hampa sebab 1-0. pastu kat kedai pon bukak chanel ni. ma makan sambil menyumpah. haha.

me is not like sangat nasi bakar ni. nasi jelah tak suka. sebab rasa hangit daun. pastu nasi dia macam keras sikit. kalau dia sapu daun tu dengan minyak kat bahagian luar maybe tak hangus sangat kot daun dia. ecehhh...macam pro pulak aku. ce buat nak tengok! tapi lauk dia sedap. ada daging masak lemak yang pekat, ada ayam goreng berempah, ada sambal cili pon sedap,pastu ada ulam-ulam. air tu sekali tengok macam ABC kan. macam sirap bandung pun ada. tapi tu namanya air buah dragon. tapi rasa dia tak dragon. rasa sirap bandung. tensi je aku. maybe dia ingat aku tak tau buah dragon tu rasa macam mana. husnuzon.

ok bai. akak nak tengok movie.

Friday, August 23, 2013

nak marah sikit

Ini cerita sudah lama. Cerita hari aku bertunang. Taknak share gambo sebab ai stress tengok gambar aku hokeh. Damn betul. Tu first and last aku amek mekap dengan mak andam yang not so mak andam ni. tobatlakhum aku taknak dah. Eeeeee bengang tahu.

Cerita bermula bila...ofkos lah bermula time mekap! Ada ke patut dia tak bagi aku duduk mengadap cermin. Ok aku tak kesah lagi. Maybe ada pantang larang dia kan. Finelah. Mula-mula aku dah cakap taknak guna color merepek meraban sebab ai is tak suka dan aku menyampah. Dia cakap "ok, jangan risau". Sekali hambek kau. Dah macam canvas lukisan! Macam-macam kaler ada. Anak buah aku cakap tak cantik. Aku dah panas dah ni. Eeeeee geram je aku rasa time tu. Kecik beso kecik beso je aku tengok akak tu. Nampak macam cara make-up artis buat katanya. Puih sangat. Macam artis opera adelah. 

Pstu bila dah siap main kaler-kaler kat muka aku, kawan aku pun sampai. Kebetulan sangat. Masing-masing blur tak kenal aku sebab muka dah lain. Bertambah lah sirap aku bila tengok dalam cermin. Padahal aku dah cakap awal-awal aku nak simple, taknak kaler-kaler. Pastu nak pakai tudung pulak. Aku cakap aku nak cover dada. Pastu siap cakap "oh budak yuaieay...kenalah jaga". Ciss. Kau ingat budak UIA je ke yang kena jaga sume tu? Dah kau tu Islam, takkan tak paham kot. Tunang aku pun budak UIA, pastu cakap segan nak jumpa sebab ustaz katanya. Kau tak segan pulak dengan lelaki bukan ustaz? adoi.

okeylah. Nak gi masak. Ayam kukus hainan.mahbeles!

Tuesday, April 9, 2013

al-fatihah untuk arwah izzat

al-fatihah...sedih, speechless bila dapat berita kawan lama meninggal. Arwah kawan time kanak-kanak dulu and still remains friend because once someone known as friend for me, forever he or she will be my friend. Ingat lagi zaman bergaduh dulu. Sekolah rendah pon sama-sama.

Sebelum ni mak arwah selalu datang rumah aku, cakap Izzat selalu duk tanya-tanya pasal aku. Aku tak dah lama gila tak jumpa dia. Last jumpa time sekolah menengah. Since then lah arwah selalu tanya pasal aku kat mak dia.

Pemergian arwah memang akan effect sangat mak arwah, Kak Na. Sebab arwah lah yang ambil berat makan pakai mak and adik-adik dia. Ya Allah besar pengorbanan arwah. Semoga Allah bagi ganjaran buat arwah. Seriously aku sangat terkesan. Kawan lama kot.

Whatever it is, aku akan doakan kau selalu izzat. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Amin.

Sunday, April 7, 2013

kahwin awal..kata anda?

bismillah...

Dah dekat maghrib. Tapi saja nak curi masa nak luahkan perasaan kat bloglahsangat ni. Dah berapa malam aku tak dapat tidur lena. Sebab tu selalu tidur petang (alasan). Masalah mulut orang memang macam-macam kan. Ni berkaitan isu kahwin awal. Eh, isu ke? Bagi aku kau lahirkan anak luar nikah farrrrrrr more isu.

Mentaliti orang kita, kahwin awal je gatal. Kahwin awal sebab study tak bagus. Kahwin awal je kau tak dapat nak jadi orang berjaya (wanita). Eh come on...kahwin awal bagus tau. Better kalau belum kahwin, tapi dah dapat anak. Eh,mana dapat anak?pikiaq lah weh. Another point, if halang anak yang nak kahwin atas sebab belajar tak habis rasa macam kurang logik disitu. Kenapa? kalau dah kahwin tak boleh berjaya ke? Yes, susah nak bagi komitmen. That's why kena pandai plan. So far yang aku nampak, Student UIA ramai je yang dah kahwin. Even dah ramai yang ada anak. Lagi blessed ada lah. Pada belajar sama-sama tanpa ada ikatan, keluar berdua-duaan. Yang camni lah masyarakat patut lebih risau.

Bila cakap nak kahwin while studying je macamkan tu dosa besar sangat. Mulalah bersok-sek-sok-sek. Gatal lah, kahwin sebab dah berisi lah, study lingkup sebab tu nak kahwin,bla bla bla. Tak cukup dengan tu, parents pun kena bantai sekali. Cakap kena guna-guna lah sebab tu bagi je anak nak kahwin. Dah tu anak luar nikah bersepah kena seret anjing, kena hurung semut tu tak kena 'guna-guna' pulak? Kenapa nak halang niat mereka nak kahwin sedangkan niat tu suci? Jangan takut pasal rezeki, sebab kahwin tu pembuka pintu rezeki. Tak perlu nak buat majlis yang grand-grand. Pikir untuk kehidupan lepas kahwin. Bukan hari majlis kahwin tu je. Insayaallah niat baik akan ada kemudahannya.

Jangan salah anggap niat mereka yang nak kahwin awal ni sebagai langkah untuk halalkan persetubuhan. Alah, orang yang ada rasa camtu normally dia ada niat camtu. Simple kan. Problem will still be a problem if u see it as a problem.